![]() |
| PDRM sedang menyiasat kawasan kejadian. |
Dalam kejadian 11:54AM itu, tiga lelaki lingkungan 20an yang amat dikehendaki polis kerana terbabit dalam sindiket samun dan curi kereta mewah dikepung Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman di stesen minyak itu, namun gagal apabila mereka berjaya melarikan diri.
Malah, suspek turut menyamun sebuah kereta Proton Persona merah milik seorang lelaki di stesen minyak di Pendang jam 1:15PM.
Sufian berkata, ketika kejadian, dia sedang mengisi minyak kenderaan pelanggan sebelum kereta suspek masuk ke stesen minyak itu, namun sebaik menyedari kehadiran polis mereka terus mengundur kereta sehingga terlanggar pembahagi jalan.
"Selepas terdengar beberapa das tembakan menyebabkan saya dan beberapa pelanggan berlari masuk ke dalam kerana bimbang dengan keselamatan diri," katanya.
**ONE M3DIA berpesan kepada pembaca, agar lebih berhati-hati sekarang ini. Apa sahaja boleh berlaku dalam sekelip mata.

No comments:
Post a Comment