Pages

Wednesday, 16 December 2015

10 CIRI-CIRI ISTERI YANG SETIA

Mendapatkan isteri setia adalah keinginan setiap lelaki. Mendapatkan isteri setia adalah kesyukuran dan kebahagiaan tersendiri bagi para lelaki.

Berbahagialah jika anda mendapati 10 perkara ini pada diri isteri anda, kerana 10 perkara ini menandakan isteri anda setia.

01:👉 JUJUR

Kesetiaan adalah lawan dari pengkhianatan. Pengkhianatan berakar dari kebohongan. Orang yang terbiasa berohong adalah orang yang paling berbakat mengkhianat. Jika isteri anda jujur, berbahagialah, itu tandanya isteri anda setia.

02:👉 TERBUKA

Setiap orang pasti punya rahsia. Bahkan suami isteri pun punya rahsia yang tidak semuanya diketahui oleh pasangan hidupnya. Namun, jika terlalu banyak yang dirahsiakan tanpa alasan, pasti mengundang tanda tanya & kesangsian.

Keterbukaan kepada pasangan merupakan tanda kepercayaan sekaligus tanda kesetiaan. Maka berbahagialah jika anda dan isteri mampu bersama-sama membuka Facebook, SMS, BBM atau WhatsApp.

03:👉 MEMENUHI JANJI

Hampir tidak ada orang yang tidak pernah terikat janji. Semakin sering berjanji, semakin mudah untuk mengetahui adakah seseorang berkomitmen menepatinya atau tidak. Orang yang selalu menepati janji, bisa dipastikan ia adalah orang yang setia.

04:👉 MENTAATI SUAMI

Kesetiaan isteri berbanding lurus dengan ketaatannya kepada suami, sepanjang perintah suami tidak dalam rangka bermaksiat kepada Allah SW. Semakin seorang isteri taat kepada suami, semakin dia terbukti setia.

05:👉 RINDU JIKA TIDAK BERTEMU / BERJAUHAN

Ada kalanya suami isteri ‘berpisah’ untuk sementara waktu. Mungkin suami ada tugas keluar kawasan, mungkin suami melakukan perjalanan/safar selama beberapa hari. Jika isteri ambil berat dengan khabar suami atau jelas merindu saat bertemu, ia merupakan tanda cinta sekaligus kesetiaannya. Sebaliknya, isteri yang merasa bebas dengan kepergian suami, adalah tanda ketidaksetiaannya.

06:👉 TIDAK MENOLAK KETIKA DIAJAK

Salah satu tanda isteri setia adalah tidak menolak ketika suami mengajaknya bersama. Kecuali dengan alasan yang kuat, misalnya sakit atau keletihan. Rasulullah SAW berpesan, “Jika seorang suami mengajak isterinya untuk memenuhi keperluannya, maka penuhilah segera meskipun ia sedang berada di dapur.” -{HR Tirmidzi}

07:👉 MERAWAT KETIKA SAKIT

Termasuk dalam tanda isteri yang setia adalah merawat suaminya ketika sakit. Jika dalam situasi biasa dia memberi perhatian, maka pada saat suami sakit perhatian isteri semakin besar. Kerana sakitnya Suami yang dicintainya adalah sakitnya juga. Tidak ada keinginannya pada saat itu yang lebih besar daripada keinginan agar suaminya kembali sihat.

08:👉 BERHIAS UNTUK SUAMINYA, BUKAN UNTUK ORANG LAIN

Seringkali, isteri di zaman sekarang berhias sangat cantik ketika keluar rumah, tetapi tampil tidak bermaya ketika berada di rumah. Sebahagiannya mungkin kerana budaya. Jika ada niat menarik ‘sesuatu’ di luar rumah, dan tidak berupaya menarik suaminya ketika di rumah, mumgkin ada bibit-bibit ketidaksetiaan di jiwanya.

09:👉 TIDAK MEMAKAI WANGIAN KETIKA KELUAR RUMAH

Kerana kesetiaannya kepada Allah SWT dan RasulNya, kemudian setia kepada suaminya, seorang muslimah tidak memakai wangian ketika keluar rumah. Terutamanya dengan wangian yang mampu ‘menggoda’.

“Seorang wanita yang menggunakan wangian lalu melalui sekumpulan laki-laki agar mereka mencium bau harum yang dia pakai maka perempuan tersebut adalah seorang pezina.” -{HR An Nasa’i, Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad}

09:👉 MENGHINDARI IKHTILAT (PERGAULAN BEBAS)

Diantara tanda isteri setia adalah menghindari ikhtilath. Yakni campur baurnya laki-laki dan perempuan yang bukan mahram. Ikhtilath bertentangan dengan kehormatan dan melanggar kesucian.

Semua di atas haruslah diambil berat oleh Suami agar lebih peka kepada isterinya. Suami & Isteri harus saling melengkapi agar keharmonian & keceriaan sentiasa wujud dalam rumahtangga.

Wallahualam. 😊

BAPA MASIH SIHAT - Anak Jins Shamsudin

KUALA LUMPUR: Anak bongsu pelakon veteran Jins Shamsudin, Putera Hang Nadim, 24, kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar di alam maya (media sosial).

Ketika dihubungi sebentar tadi, Nadim memberitahu berita itu palsu dan ia cukup mengejutkan dirinya serta keluarga.

"Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar.

"Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu. Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul," katanya.

Kata Nadim lagi, dia serta ibu bapanya baharu sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu.

"Petang semalam kami baru sampai ke Subang selepas balik kampung dari Pahang," katanya.

HUJAN BATU SEBESAR BOLA GOLF DI SYDNEY

SYDNEY: Bandar terbesar Australia, Sydney, di badai ribut seakan puting beliung hari ini, dengan hujan batu sebesar bola golf dan angin pada kelajuan 200 kilometer sejam.

Pegawai perubatan berkata, dua orang cedera akibat terkejut dan luka di kepala dekat Kurnell, pinggir bandar yang paling teruk terjejas.

Seorang penduduk berkata, ribut itu berbunyi seperti sebuah kereta api barang yang melalui landasan.

Bercakap kepada Sky News, beliau berkata, ribut kencang itu turut menumbangkan pokok dan kabel elektrik serta merosakkan bangunan, termasuk sebuah loji penyahgaraman, selain membanjiri jalan raya.

Biro kaji cuaca berkata, amaran mengenai angin kencang, hujan batu dan hujan lebat sudah dikeluarkan kepada penduduk di tengah Sydney, lapangan terbang dan sekitar Jambatan Harbour Sydney.

Lapangan terbang masih dibuka, tetapi dijangka akan berlaku kelewatan. - AFP

CARA MUDAH UNTUK DAPATKAN PELEPASAN CUKAI SEHINGGA RM12,000

Setiap tahun pasti ramai yang akan berkata mereka membayar cukai terlalu banyak lebih lebih lagi pada tahun 2015 ini dengan pengenalan GST. Jadi, apa sahaja cara untuk menyimpan duit dan berjimat dari membayar cukai pastinya akan menjadi perhatian ramai.

Lebih lebih lagi jika anda boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM12,000. Bagaimana caranya?

1. Simpan Dengan SSPN-i

Sekarang adalah masa terbaik untuk menyimpan demi masa hadapan anak anak anda, ibu bapa dan ibu bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 setahun dan ianya tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;

Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 seorang setahun bermakna anda berdua boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM12,000.

Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 setahun namun individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.

2. Simpan Dengan SSPN-i Plus

Jangan risau jika anda masih belum berkeluarga, menerusi SSPN-i Plus jika anda menyimpan minima RM6,000 dan membuat bayaran premium tahun semasa kepada syarikat takaful sehingga RM6,000 pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM6,000 atas peruntukkan insuran nyawa.

Itu dia dua jalan untuk anda berjimat dan menyimpan duit dari membayar cukai lebih dari sepatutnya. Siapa kata kita tidak mampu menyimpan duit sendiri di zaman sekarang? Maklumat lanjut anda boleh layari www.ptptn.gov.my. Jom!

BUKAN SEMUA ALKOHOL ITU ARAK

SHAH ALAM: Bukan semua alkohol itu adalah arak namun setiap minuman arak mengandungi alkohol.

Demikian penjelasan Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tentang alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan yang menjadi kekeliruan orang ramai sebelum ini.

"Alkohol yang diperoleh daripada proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis. Manakala alkohol yang diperoleh bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh," kata kenyataan dari laman Facebook itu.

Sementara, minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% v/v adalah harus (boleh) diminum.

"Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

"Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum," katanya.

Katanya lagi, makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

"Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak," katanya.

Menurut kenyataan itu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 14 hingga 16 Julai 2011 memutuskan perkara ini setelah mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu.

Selain turut mendengar taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia.

GURAUAN JAMAL ABDILLAH DISALAH TAFSIR NITIZEN


Tidak mahu sesetengah pihak menghentam Nabil Ahmad selaku pengacara Gegar Vaganza baru-baru ini, Jamal Abdillah menyifatkan ramai yang salah sangka terhadap gurauan yang dibalasnya itu.

"Jangan terus hentam, Nabil hanya membuat kerja dia iaitu menghiburkan orang. Kita kena faham tugas dia bukan sesuatu yang mudah untuk buat orang ketawa dan terhibur. Dia hanya bergurau dan saya juga membalas kata-kata dia juga dengan gurauan."

"Bagaimanapun, oleh sebab 'Jamal Abdillah' ini bergurau dengan wajah yang serius, orang anggap saya marahkan Nabil. Sebenarnya, saya langsung tak marah, malah membalas kata-kata Nabil juga dengan niat untuk bergurau semata-mata."

"Nampaknya, orang kurang faham dengan apa yang saya ‘guraukan’ itu dan membuat tanggapan bahawa saya marahkan Nabil. Saya berharap dengan penjelasan ini, tidak membuatkan orang marahkan Nabil lagi," jelasnya kepada wartawan.


Pelbagai reaksi berbaur daripada peminat Nabil dan juga peminat Jamal Abdillah baru-baru ini sepatutnya tidak berpanjangan. Hairan juga kadang-kala tuan empunya badan tenang saja tapi peminat masing-masing macam mahu berperang - tetapi di laman sosial sajalah beraninya pun. Hahaa..