Pages

Sunday, 19 April 2015

TIPS PERSEDIAAN MENJADI SUAMI


Selalu kita baca penulisan tentang tips persediaan menjadi suami berkaitan ilmu agama, aspek pekerjaan dan kewangan, persediaan emosi dan teknik memahami tabiat wanita, harta benda dan sebagainya.

I am no expert in that. Cuma terniat nak share tentang 7 little things yang ramai orang mungkin kurang aware tentang kepentingannya.

"Aku tengok kamu ini tak buat itu dan ini, kenapa?"
"Nanti apabila dah nikah, aku buatlah!"
"Masa bujang Ibu yang buatkan. Masa dah nikah, isteri yang buatkan. Senangnya hidup kau?"

Beberapa perkara (tips) untuk menjadi Suami yang Responsive & Positif;

01: PINGGAN MANGKUK SUDU GARFU PERIUK BELANGA

Jangan pandang remeh kepada tabiat mudah "apabila selesai guna pinggan, mangkuk, sudu, garpu, gelas, cuci segera" kerana impaknya sangat besar.

Rata-rata kelihatan orang bujang selalu guna piring letak kuih, apabila selesai diguna ditinggalkan di atas meja makan. Ada juga yang guna pinggan mangkuk dan sebagainya, ditinggalkan dalam sinki. Apabila dah bertimbun banyak, barulah membebel housemates mana yang tak basuh pinggan.

Ada satu jenis lagi suka guna sudu atau pisau untuk ambil jem atau Nutella, sapu pada roti. Selepas guna, sudu atau pisau tadi diletakkan atas botol/penutup jem tadi. Alasannya, ada orang lain nak guna selepas tu.

Nak dijadikan cerita, orang lain akan gunakan sudu yang lain. Hasilnya sudu/pisau tadi diletakkan di sinki dan sudu/pisau baru akan ditinggalkan di atas penutup/botol sekali lagi. dan begitulah seterusnya dari satu housemate ke satu housemate..

Semuanya akan jadi mudah jika kita amalkan untuk cuci semua yang kita guna sendiri selepas kita gunakan. Bukannya susah pun..('',)..

02: BELAJAR MEMASAK UNTUK KEPERLUAN

Sebelum nikah, Ibu yang masakkan. Atau ada segelintir orang bujang, suka makan di luar sahaja. Katanya, tak perlu belajar memasak sebab selepas nikah, isteri yang akan memasak. Itu kalau kamu dapat isteri yang pandai memasak. Kalau dapat isteri yang tak pandai memasak?

Ringkas sahaja. Belajarlah memasak. Tidak perlu belajar memasak sehingga mampu menjadi seorang chef atau masterchef pun. Belajarlah sekadar keperluan. Masak satu jenis lauk berkuah yang mudah. Contohnya kari ayam, atau sup ayam, atau ayam masak kicap. Kalau malas sangat, ayam goreng. 

Menu wajib adalah memasak nasi. Ya, nasi putih. Tahu sukatan air dan semuanya.

Apabila dah nikah nanti, boleh tolong sediakan makanan (sedikit kalau tak banyak) semasa isteri sakit atau isteri busy menjaga anak-anak. Sama ada sedap atau tak sedap, itu hal kedua. Perkara pertama adalah tahu memasak.

Banyak bezanya seorang suami yang mampu tolong isteri menyediakan makanan dengan suami yang hanya tahu makan sahaja.

It is always a bonus la kalau tahu masak macam-macam. Tak rugi pun belajar. Boleh guna skill memasak untuk pikat hati isteri, bahkan juga hati ibu mertua. Kan sweet!

03: BELAJAR UNTUK TIDAK MEMILIH MAKANAN

Semasa bujang ini, belajarlah untuk makan banyak jenis dan rasa makanan. Bukanlah semua jenis, tetapi pelbagaikan dan banyakkan jenis dan rasa makanan yang kita makan. Ditegaskan di sini, JENIS dan RASA.

"JENIS" merujuk kepada kepelbagaian. Mana tahu nanti suami tekak Melayu bernikah dengan isteri tekak western. Asyik makan spageti hari-hari. Suami telanlah for few days. Selepas tu, pandai-pandailah.

"RASA" adalah part yang sangat penting. Ingat! Bukan semua lelaki bernikah dengan isteri yang pandai memasak. Ada orang perempuan yang hanya belajar memasak selepas nikah. Jadi masakannya rasa macam ..'@#$%^&*'.. (put your own words la ye).

Jadi ada bagusnya orang lelaki kalau belajar telan apa sahaja rasa makanan sementara bujang ni. Belajar untuk tidak terlalu memilih. Tawar ke, masin ke, manis ke, telan sahaja for the first few days. 

Jangan tak makan pula, nanti kebulur. Paling penting, kena jaga hati isteri. Makan je untuk jaga hati! Selepas beberapa lama tu, pandai-pandailah nak cari alasan untuk makan luar atau minta isteri belajar memasak.

04: PAKAIAN

Semasa bujang, cuci baju sekali seminggu. OK je! Tetapi kena mulakan tabiat kumpulkan baju kotor dalam bakul khas. Selepas cuci, jemur sendiri. Selepas kering dan angkat dari jemuran, pastikan pakaian siap cuci tadi diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Pernah lihat rakan-rakan bujang letakkan bakul penuh berisi pakaian di ruang tamu rumah. Sangat menyakitkan mata apabila tetamu datang dan sebagainya. Letakkanlah bakul itu di tempat yang bukan tempat berkumpul. Dalam bilik ke, dalam almari ke, belakang pintu ke. Barulah rumah tampak kemas.

Apabila dah nikah nanti, isteri pun senang hati sekiranya suaminya kemas dan membantu urusan laundry sebegini.

05: ORGANIZE YOUR BED

Yes..tempat tidur. Selalunya orang akan sebut tentang kemaskan katil selepas bangun daripada tidur. Tak mahu ulas point itu. Ingin ditekankan di sini tentang kepentingan untuk kita usaha untuk tidur di tempat sepatutnya.

Belajarlah tidur di tempat yang proper. Sama ada katil, sofa dll. Bukan tidur ikut suka mata lelap di mana-mana sahaja. Bukanlah salah, tetapi better jika mampu organize.

Apabila dah nikah dan setiap malam main tidur je di ruang tamu atau meja study (kerana terbiasa tidur di mana-mana sahaja semasa bujang), do you expect your wife to be sleeping alone on the bed?

Atau nak expect isteri ‘usung’ atau ‘angkut’ suami dari ruang tamu dibawa tidur di bilik ke?

06: PULANGKAN BARANG YANG DIAMBIL KE TEMPAT ASALNYA

"Siapa pula yang nak guna pengetip kuku untuk makan nasi lemak ni?"
"Kau buat lawak ke apa?"
"Dah tu. Kalau dah tahu tak betul, kenapa selepas guna kau tinggalkan pengetip kuku ni di atas meja makan? Letakkanlah atas rak ni, bukannya jauh pun. Sebelah meja makan ni je pun."

Itu kisah housemate lelaki yang komplen pasal orang lelaki lain. Cuba bayangkan kalau 10 kali sehari si isteri 'bercakap' dengan suami tentang ini. Boleh terbakar telinga.

"Ayang, mana kasut abang? Ayang letak mana?"
"Ada tu, ayang letak kat meja makan."
"Kenapa letak kat meja makan pula?"
"Tadi Ayang lapkan. Lupa pula nak return to its place," apabila isteri salah letak barang, suami naik angin marah.
"Ok lah! Abang nak keluar dah ni, nak pergi kerja. Mana kunci kereta? Tak ada pun di tempat letak kunci kereta ni."
"Ada tu. Atas meja makan. Abang letak atas meja malam semalam masa balik rumah."
"Lain kali dah tahu Abang salah letak, tolonglah letak balik," selalu suami salahkan isteri sedangkan suami yang malas nak letak balik barang di tempat asal.

Fuh! Macam drama di TV pula scene ni. Hehee..

Dah memang kerja isteri memastikan barang rumah sentiasa teratur. Kalau barang di rumah tidak teratur, kita juga yang marah. Tapi kalau kedua-duanya mengamalkan sikap bertanggungjawab, kehidupan akan jadi lebih mudah.

Cuba bayangkan apabila dah beranak-pinak nanti. Lagilah banyak barang kena organize. Di mana barang keperluan bayi, barang ayah, barang ibu, barang itu barang ini. Takkan nak suruh orang gaji organize semuanya?

07: KEMAS AND TIDYING THINGS UP AS YOU GO

Ini isu penting. Bak kata orang, "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit." Bukan bab menabung je jadi begitu. Bab mess atau sampah dalam rumah pun boleh jadi begitu.

Selepas siap memasak, kita biarkan dapur tak dikemaskan.

Selepas guna toilet, kita biarkan kesan ubat gigi yang terkena pada dinding.
Selepas guna sudu, kita biarkan kotor dan ditingggalkan atas meja makan.

Selepas baca buku, kita biarkan di atas lantai.

Selepas tetamu pulang, kita biarkan jag air di sinki supaya housemates lain tolong cucikan.

Cuba bayangkan selepas nikah nanti. Anak sepahkan toys, kita kata kejap lagi kita kemas.

Selepas suami gunakan tisu untuk lap meja, dibiarkan tepi meja.

Selepas isteri memasak, dibiarkan perkakas memasak di sinki. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Dah bertimbun segala KE-TIDAK-KEMAS-AN, makin bertimbunlah kerja mengemas yang kita nak kena buat.

Kemas as you go. Sikit-sikit. Barulah tak penat. Barulah tak kelam kabut.

PENUTUP

Semasa bujang, itu dan ini tidak dihiraukan sangat oleh si lelaki bujang ini. Katanya, selepas nikah nanti dia akan berubah. Atau pun lebih teruk, isteri akan buatkan semuanya. Alasannya, isteri sayangkan kita maka isteri akan sanggup buatkan semuanya.

Tidak semudah itu. Isteri kita tetap manusia kan. Ibu kita yang sangaaaaat sayangkan kita pun komplen kalau kita silap itu silap ini. Apatah lagi si isteri. Sama-sama bantulah.

Mungkin ada yang menggunakan alasan "Ada 10 orang yang tinggal di rumah bujang saya. Ramai. Tak boleh nak nampak kemas." Not exactly.

Ramai atau tak ramai, takkan jadi isu jika semua orang bertanggungjawab. Kalau ramai tak ramai jadi isu, dah nikah nanti tak perlulah tambah ahli keluarga (ie anak) supaya rumah sentiasa kemas? Cuba fikirkan.

Perubahan ini tidak berlaku dalam sekelip mata. Bukan hari ini selesai akad nikah, maka sekaligus kita jadi suami yang bertanggungjawab dan pandai menguruskan segalanya. Tidak! Tidak sama sekali.

Cuba buat sikit-sikit. Usahakan perlahan-lahan. BERMULA SEKARANG SEMASA BUJANG.

Leceh kan nak buat semua ni? Tak apa. Dapat pahala!

Niat nak improve dah dapat pahala.
Usaha nak improve dapat pahala.
Buat improvement lagilah dapat pahala.

7 TANDA ISTERI DERHAKA



Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallah RA bermaksud:

"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?"

Baginda menjawab: "Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya."

Kemudian aku bertanya lagi: "Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?"

Baginda menjawab: "Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
-{HR Bazar dan Al-Hakim}

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:

"Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
-{Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban}

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan.

Wahai isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri.

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri-ciri atau tanda-tanda isteri derhaka.

Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami:

01: Menghina atau mengumpat suami.

Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga.

Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.

Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.

02: Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain.

Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain.

Adalah sepatutnya kita sebagai isteri sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah SAW bersabda :

"Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah."

03: Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami.

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
-{Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat}

04: Isteri mendoakan kecelakaan buat suami.

Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah SWT bagi suaminya dan bukannya sebaliknya.

05: Membenci kegemaran suami.

Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu kurniaan Allah SWT yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.

Firman Allah SWT:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." -{An-Nisa: 34}

06: Menjadi tekanan kepada suami.

Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya.

Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.

Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu.

Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
-{Riwayat Ibnu Majah}

07: Mengungkit-ungkit janji suami.

Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri. Sabda Rasulullah SAW:

"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.

Rasullullah SAW ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsanNya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
-{Riwayat al-Bukhari}

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita."

Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?"

Baginda menjawab: "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
-{Riwayat Muslim}